MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, February 5, 2013

hebat sangat

Sampai begini sekali jadinya baju teakwondo Arfan? Dah penuh ilmu teakwondo di dada ker? Sapa belasah sapa ni ?? Haha

Bukan bukan bukan sumer pon bukan. Ada cerita kelakar sedih sebenarnya dari gambar ni. Kan SETIAP GAMBAR ADA CERITA hehe.

Semuanya bermula tahun lepas masa Arfan nak daftar semula kelas teakwondo dia. Rasanya dalam bulan 10 ritu. Bila saya pergi masa hari pendaftaran tu, saya jadi hairan bin ajaib kenapa plak persatuan lain yang kendalikan teakwondo tu ?? Tapi hati rasa berbunga jugaklah sebab kali ni persatuan orang Melayu. Kiranya senanglah sikit nak berkomunikasi kan.

Masa dah sampai giliran, saya cakap dah ada baju. Tapi boleh ker pakai logo dari persatuan lain ni. Mamat tu cakap tak boleh. Kena tanggalkan dan beli logo dari persatuan dia. Harga RM18 ok!! Oleh kerana waktu tu saya agak kaya, saya pon bayarlah duit yuran untuk bulan tu dan logo tu sekali huhu.

Bila balik rumah, saya citer kat en. Suami pasal tak boleh pakai baju logo persatuan lama tu. En. Suami kata, oh itu kerja mudah dan terus jerk dengan gigih dok tanggalkan logo2 tu. Oleh kerana menghargai kerajinan luar biasa en. Suami, saya pon diam jerk. Mokcik pon bukanlah rajin nak menanggalkan pon sebab logo tu jenis pakai benang. Bukan jenis kain yang tampal tu.

Lepas dah seminggu gigih bekerja, hasilnya macam kat atas yer. Lunyai baju budak Arfan tu dikerjakan. Mokcik tepuk dahi tapi malas nak berbunyi sebab nanti dia kuarkan bunyi lagi kuat. Yang geramnya kerja tu terhenti cam itu jer bila Arfan bagitau hari Sabtu berikutnya yang patut ada teakwondo takder. Aik ??? Saya jadi hairan. Mana boleh camtu. Kan dah bayar. Oleh kerana malas nak pikir, saya diamkan ajer dan pergi pada minggu berikutnya. Sebelum tu, saya mintak en. Suami siapkan kerja dia. Tapi bleh dia jawab,

Biarkan jerklah. Nanti bila dah dapat logo baru tampal jerk atas dia. Dah tak nampak.

Habis!!!!! Kalau dah tau cam tu, buat apa pi gatal buang logo tu sampai rosak baju ni hah ???

Habis dah awak kata tak boleh pakai logo tu, kenalah tanggalkan jugak.

Tepuk kepala. Malas nak citer. Kerja mokcik tak ngabis2 hah.

Sekali lagi saya jadi hairan. Aik hari tu daftar ngan persatuan lain, kenapa persatuan yang lama plak yang mengajar ni. Bila tanya kat master, dia cakap persatuan tu tak jadi ajar. Serah pada dia jer. Yuran yang bagi ritu, dorang akn tranfer pada dia. Don't Worry.

Don't Worry ?????????????? Mokcik dah bayar RM18 untuk beli logo dari persatuan tu. Logo yang ada dah lunyai. Baju pon dah berlubang2 ni. Ini yang wat mokcik nak tunjuk skill teakwondo ni.

Bila tunjuk baju hebat tu kat master, dia geleng2 kepala. Janji akan bagi logo baru for free untuk tampal balik dan sempat tanya berapa dorang jual logo tu. Saya jawab RM18. Master geleng2 kepala lagi. Master suruh saya pi tuntut balik kat persatuan tu. Terlalu mahal katanya.

Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan persatuan2 teakwondo ni. Tapi malas nak pikir2. Sampai sekarang saya tak dapat balik RM18 dari persatuan bangsa saya tu. Kalau dia berniat ikhlas, mesti dia akan pulangkan sendiri. Bukan susah pun nak pulangkan. Dah tentu pendaftaran kat sekolah tu jugak kan. Masa daftar hari tu bukan main mintak maklumat pelajarkan. Bila nak pulangkan duit, boleh sesat jalan plak ker ?
Jangan sesat sampai kat akhirat nanti udah ler yer.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...